Soalan Soalan Lazim

1. Apa itu Karantina Tahfiz Hafal Quran Sebulan ?
Ianya adalah satu program yang berteraskan konsep pengasingan (kuarantin) dan meninggalkan hal2 duniawi (contoh TV, hp dan lain2 disisihkan).
Ianya sangat intensif, dan peserta dijangka berdamping dengan AlQuran selama 10-12 jam sehari selama 35 hari dengan bimbingan guru tasmik yang berkelayakan.

Peserta juga akan didedahkan kepada cara hafalan Metode Yadain. Penguasaan teknik ini  membolehkan accelerasi hafalan dalam tempoh masa Program.

Sila tonton video youtube
Channel Karantina Tahfiz Malaysia sempena Seminar Pengenalan Rahsia Karantina yang diadakan di Masjid As Syakirin KLCC pada 22hb September 2018.

“Takruf Karantina Tahfiz Al Quran”

“Metode Yadain Litahfizhil Quran”

2. Betul ke boleh hafal 30 juz dalam sebulan ?
Berlandaskan Metode Yadain yang membolehkan accelerasi dalam penghafalan, pengalaman di Indonesia semenjak dilancarkan,  menyaksikan  ramai yang berjaya menghafal 30 juz AlQuran dalam masa sebulan.
Walaubagai mana pun, tentunya bukan semua orang akan terdaya berbuat demikian.
Antara ciri ciri mereka yang berjaya mengkhatamkan 30 juz dalam sebulan adalah mereka yang :-
– lancar membaca AlQuran dengan bertajwid
– mengikuti SOP Karantina sepenuhnya khasnya dari segi menafaatkan masa sebaiknya
-mempunyai tahap kesihatan yang baik sepanjang perjalanan program
-berupaya menghayati dan mempraktikkan teknik Yadain sebaiknya.
Namun, kita yakin dengan mengutamakan (prioritise) masa yang agak lama  dan berterusan dan mengorbankan pula kehendak2 dunia, maka seseorang itu akan berjaya menghafal AlQuran sebanyak mungkin dalam masa tempoh program.

Sila tonton video youtube
Channel Karantina Tahfiz Malaysia
“Motivasi Menghafal Al Quran”

3. Siapa yang asaskan program ini ?
Diasaskan bersama oleh Ustaz Ma’mun Qurthubi  Al Hafiz dan Ustaz Yadi Iryadi Al Hafiz.
Mereka menubuhkan  Yayasan Karantina AlQuran Nasional Indonesia pada tahun 2014 dan sehingga kini terdapat lebih daripada 70 cawangan di seluruh Indonesia.
Sejak ditubuhkan, mereka telah  melahirkan lebih 7,000 para huffaz.
Mereka mempunyai misi untuk melahirkan seorang huffaz bagi setiap rumah muslim di Indonesia menjelang tahun 2030.

4. Siapa itu ARTAB ?
ARTAB Sdn Bhd ditubuhkan khas untuk membawa Program Karantina Tahfiz Al  Quran kepada masyarakat Malaysia.
Pada awal 2018, ARTAB telah menandatangani  MOU bersama Yayasan Karantina AlQuran Nasional Indonesia yang membolehkan pihak ARTAB menawarkan secara rasmi,  program program karantina tahfiz berdasarkan metode dan teknik yang mereka pelopori , ke Malaysia.
Namun sebelum ini ARTAB memang telah pun bergerak secara tidak formal dalam menganjurkan perbagai program dakwah sejak beberapa tahun yang lalu.

5. Berapa lama Program ini ?
Program Unggulan kami berjalan selama 35 hari.

6. Dimanakah lokasi Program dijalankan ?
Buat masa ini, lokasi Program adalah bertempat di DePalma Hotel  Shah Alam, sebuah hotel syariah.

7. Apakah syarat-syarat nya ?
✔ Terbuka kepada semua muslimin dan muslimat.
✔ Umur minima 16 tahun & tiada had umur maksima
✔ Tekad dan motivasi yang kuat
✔ Sedia mengikuti Program Karantina sepenuhnya termasuk mematuhi peraturan peraturan program

8. Selain daripada Program Sebulan, adakah ada  program program yang lain, khasnya untuk kami yang bekerja dan tidak dapat cuti lama ?
Buat masa ini, Program Unggulan kami ialah Program Sebulan.
InshaAllah, Program program lain seperti Program Hafalan 1 minggu/ 2 minggu/3 minggu dan Program Hujung Minggu akan dilancarkan kemudian.

9. Tenaga pengajar daripada mana ?
Tenaga pengajar adalah rakyat Malaysia yang telah diberikan latihan tentang metode dan teknik yang dipraktikan di Yayasan Karantina AlQuran Nasional di Indonesia.
Selain dari itu, mereka sendiri adalah para huffaz dan mempunyai kelulusan samada dari dalam atau luar negara. Malah ada juga merupakan alumni Yayasan Karantina Tahfiz di Indonesia

10. Berapa kos nya ?
Program diadakan di De Palma Hotel Shah Alam.
Kos keseluruhan adalah RM 5,800 utk tinggal sepenuh masa selama 35 hari termasuk makan minum (3 kali dan juga 2 snacks). Juga termasuk laundry (bukan dry clean)

11. Ada peluang untuk mendapat sebarang jenis bantuan atau pun tajaan ?
Kami ada menawarkan beberapa tajaan setiap kali program dijalankan tetapi jumlahnya adalah terhad dan bukan 100%.
Kriteria bergantung  kepada syarat yang ditetapkan oleh pihak penaja kepada kami. Selain daripada jumlah tanggungan keluarga, umur dan kesungguhan dalam menghafal AlQuran juga diambil kira. Terdapat juga beberapa faktor lain.

12. Ada guarantee ke ?
Tidak siapa yang boleh menjamin seseorang itu berjaya menghafal 30 Juz AlQuran, apatah lagi dalam masa singkat 35 hari.
BUKAN  kita yang menentukan “result” atau pun sesuatu kejayaan itu.
Ianya  adalah Anugerah, Rahmat dan Hikmah Nya.
Tugas kita adalah berusaha sedaya upaya dengan ikhlas. Semoga Allah menerima keikhlasan usaha itu dengan menganugerahkan kita “kejayaan”  sebagaimana yang kita harapkan.
Namun kayu ukur kejayaan tidak semestinya berjaya menghafal 30 juz dalam masa 35 hari.
Berapa juga jumlah juzuk yang dapat dihafal semasa program berjalan sebenarnya itulah kejayaan yang Allah anugerahkan dan yang perlu kita syukuri. Kerana Allah tentu akan lipat gandakan kejayaan jika kita sentiasa bersyukur.

13. Siapa kah yang boleh sertai Program ini ?Ada had umur , minima dan maxima ?
Terbuka kepada semua lapisan masyarakat, muslimin dan muslimat. Bagi program kami, had umur minima adalah 16 tahun manakala tiada had umur maxima.

14. Boleh tak saya masukkan anak saya bawah umur 16 tahun, yang kini belajar di Maahad Tahfiz ?
Maaf umur sedemikian kurang sesuai untuk Program ini. Takut nanti peserta tidak berjaya mengikuti program sepenuhnya.
Kami perlukan semua peserta berdikari kerana tidak ada petugas khas untuk mengawasi peserta.

15. Mesti tinggal di hotel atau boleh berulang pulang ke rumah setiap hari ?
Peserta dimestikan tinggal di hotel sepenuh masa. Ini adalah memandangkan Program ini adalah program yang sangat intensif dan “fully residential”.
Jadual harian bermula 4 pagi hingga 10 malam setiap hari.

16. Bilakah program selanjutnya ?
InshaAllah kami akan umumkan pelancaran program program yang selanjutnya dari masa ke masa.
Ikuti FB Karantina Tahfiz Malaysia

17. Bagaimana saya nak daftar dan cara pembayaran ?
Boleh daftar online.
Kami akan maklumkan butiran akaun bank kemudian

18. Saya sendiri mungkin tidak terdaya untuk menjadi peserta tetapi adakah boleh saya menyumbang ?
InshaAllah setiap orang mampu dan berdaya untuk bersama sama menyertai Program ini khasnya untuk berkorban masa, tenaga dam wang ringgit agar dapat berdamping dengan AlQuran sebanyak 12 jam sehari selama 35 hari. Namun atas alasan alasan kerja, kesihatan dan sebagainya ianya mungkin tidak dapat dilakukan. Atas dasar itu, kami mengalu alukan sumbangan kepada Tabung Tajaan/Biasiswa,  samada dari individu atau pun koperat untuk membantu membayar yuran peserta.
Semoga sumbangan tuan/puan untuk membantu melahirkan lebih ramai para huffaz di Malaysia di anugerahkan Allah ganjaran yang sebaiknya dunia dan akhirat, amin.
Jazakallah khairan kathira

19. Adakah ada kumpulan sasar untuk Program ini ?
Sebenarnya kami bukan menyaingi Maahad Tahfiz atau lain lain institusi hafalan tradisional.
Tujuan kami adalah untuk memberi peluang dan ruang kepada mereka yang tidak berkesempatan selama ini untuk menghafal Al Quran.
Oleh yang demikian, walaupun penyertaan terbuka kepada semua, antara kumpulan sasar kami adalah
– pelajar pelajar yang sedang menunggu keputusan SPM
– mahasiswa mahasiswi institut pengajian tinggi yang sedang menunggu panggilan kerja
– rakan rakan yang bersara

1

DAFTAR ONLINE SEKARANG!

+6013-2090883

Hotel DePalma Seksyen 19 Shah Alam

karantinatahfizmalaysia@gmail.com

Copyright © Karantina Tahfiz Malaysia 2018